top of page
Search

Terma & Syarat serta Notis Privasi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

  • Writer: Mama
    Mama
  • Aug 30, 2019
  • 4 min read

Terma & Syarat Kuiz Terkumpul Omar & Hana


1. Penganjur: MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD dan DD ANIMATION STUDIO SDN BHD


2.Nama Peraduan: Kuiz Terkumpul Omar & Hana


3.Penerangan ringkas Peraduan/ Program: Peraduan ini diadakan bersempena dengan Program 12 Episod Kisah Omar & Hana yang disiarkan di Astro Ceria 611


4. Mekanisme Ringkas Peraduan: a) Peraduan akan diadakan pada setiap bulan seperti Blok Peraduan yang dinyatakan dalam Klausa 9; untuk setiap minggu semasa Blok Peraduan dijalankan, setiap 1 soalan yang berkaitan dengan Kisah Omar & Hana akan disiarkan pada akhir siaran. 4 soalan terkumpul pada akhir setiap blok peraduan.


b) Pada setiap akhir blok peraduan, peserta dikehendaki menghantar 4 jawapan di laman web Omar & Hana.


c) Jawapan serta slogan mestilah di dalam Bahasa Malaysia.


d) Peserta mesti mematuhi mekanisme peraduan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur semasa tempoh peraduan dijalankan.


5. Kriteria Kelayakan: a) Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dari umur yang dibolehkan dan ke atas


b) Peserta mestiah warganegara Malaysia dan mesti memiliki Kad Pengenalan yang sah.


6. Tidak Layak: a) Pekerja dan pemegang biasiswa Astro Malaysia Holdings Berhad dan kumpulan syarikatnya, serta ahli keluarga yang terdekat.


b) Pekerja dan ahli keluarga terdekat DD Animation Studio Sdn Bhd.


7. Kelayakan Umur : a) Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

b) Peserta yang dibawah umur 18 tahun, mestilah mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah untuk menyertai peraduan dan menerima hadiah. Pihak penganjur menganggap ini adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga sah untuk memantau penyertaan anak-anak mereka dalam peraduan ini.


8. Caj : Tiada sebarang bayaran dikenakan


9. Tempoh peraduan :

Peraduan Blok 1 Dari Hingga

Minggu Pertama 30 Ogos 2019 5 Sept 2019

Minggu Kedua 6 Sept 2019 12 Sept 2019

Minggu Ketiga 13 Sept 2019 19 Sept 2019

Minggu Keempat 20 Sept 2019 26 Sept 2019


Peraduan Blok 2 Dari Hingga

Minggu Kelima 27 Sept 2019 3 Okt 2019

Minggu Keenam 4 Okt 2019 10 Okt 2019

Minggu Ketujuh 11 Okt 2019 17 Okt 2019

Minggu Kelapan 18 Okt 2019 24 Okt 2019


Peraduan Blok 3 Dari Hingga

Minggu Kesembilan 25 Okt 2019 31 Okt 2019

Minggu Kesepuluh 1 Nov 2019 7 Nov 2019

Minggu Kesebelas 8 Nov 2019 14 Nov 2019

Minggu Kedua belas 15 Nov 2019 21 Nov 2019



10. Bahasa yang digunakan semasa peraduan: Peraduan ini akan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.


11. Cara-cara memasuki peraduan : a) Peserta hendaklah melayari laman web Omar & Hana untuk menghantar jawapan Kuiz Terkumpul Omar Hana di setiap akhir blok peraduan


b) Peserta akan menghantar jawapan mingguan yang dikumpulkan berserta slogan (pada setiap akhir blok peraduan) untuk membolehkan memenangi peraduan


c) Pihak penganjur berhak untuk melihat bukti Kad Pengenalan asal atau dokumen asal / dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan



12. Tarikh akhir penyertaan :

Penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur

Untuk Peraduan Blok 1


Penyertaan Dibuka : 20/9/2019, 10 a.m

Penyertaan Ditutup : 27/9/2019,10 a.m


Untuk Peraduan Blok 2

Penyertaan Dibuka : 18/10/2019,10 a.m

Penyertaan Ditutup : 25/10/2019,10 a.m

Untuk Peraduan Blok 3

Penyertaan Dibuka : 15/11/2019,10 a.m

Penyertaan Ditutup : 22/11/2019, 10 a.m


Penyertaan yang diterima sebelum bermulanya Tempoh Peraduan dan selepas Tarikh Penyertaan ditutup secara automatik tidak layak dan tidak dibolehkan untuk menerima hadiah.



13. Mode : Soalan akan dikemukakan di Astro Ceria dan Astro Prima pada setiap akhir siaran Kisah Omar & Hana dan segala penghantaran jawapan dan slogan hendaklah melalui website www.omarhana.com


14. Alamat : www.omarhana.com


15. Pemilihan pemenang : a) Setiap blok peraduan akan memilih satu pemenang sahaja dan ia akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan slogan yang paling kreatif. Sekiranya seri, slogan yang paling kreatif akan diutamakan.


b) Keputusan hakim berdasarkan jawapan yang betul dan slogan paling kreatif. Keputusan hakim adalah muktamad.


16. Hadiah : Omar & Hana tricycle


17. Pemberitahuan pemenang : Nama pemenang akan diumumkan oleh penganjur dengan cara :-

Pengumuman pemenang di Media sosial Omar & Hana


Penganjur akan menghantar e-mel kepada pemenang untuk memaklum kan kemenangan mereka


Tarikh pengumuman pemenang akan diadakan pada :

Untuk Blok 1 : 30 September 2019, 12 p.m

Untuk Blok 2 : 28 Oktober 2019, 12 p.m

Untuk Blok 3 : 25 November, 12 p.m


18. Tempoh Pengambilan Hadiah: Dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengumuman


19. Tempat Pengambilan Hadiah: Digital Durian

B-2-2, Coplace 2,

Jalan Usahawan 1,

63000,Cyberjaya, Selangor.


Sekiranya pemenang tidak dapat mengambil hadiah di tempat pengambilan hadiah seperti yang telah dinyatakan di atas, segala kos penghantaran hendaklah ditanggung oleh pemenang.


20. Terma tambahan, sekiranya perlu: Peserta boleh menghantar beberapa entri dalam peraduan ini. Walau bagaimana pun, peserta hanya boleh menang sekali sahaja. Sekiranya peserta memenangi beberapa kali untuk peraduan seterusnya (secara automatik ianya tidak sah)




NOTIS PRIVASI SEHUBUNGAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010



Anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan,“Data Peribadi”) yang diberikan di dalam borang pendaftaran atau permohonan anda bakal digunakan dan diproses oleh MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD dan syarikat sekutunya (“MBNS”) bagi maksud-maksud berikut:-


a) mempertimbangkan permohonan anda untuk menyertai rancangan dan/atau pertandingan yang dikelolakan dan/atau diterbitkan oleh MBNS;


b) untuk berhubung dengan anda;


c) untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;


d) menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;


e) melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;


f) untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan MBNS,

perbadanan-perbadanan berkaitan dan rakan-rakan perniagaan;


g) kegiatan-kegiatan perniagaan MBNS selainnya yang sah; dan/atau


h) maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat.

(secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)


Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.


Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk menyertai rancangan dan/atau pertandingan berkenaan tidak dapat kami pertimbangkan.


Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi MBNS menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:


Alamat pos: Pegawai Perlindungan Data Peribadi MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD

Peti Surat 10148 50710 Kuala Lumpur

Alamat emel: pdpo@astro.com.my


Anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak-pihak ketiga (misalnya, ahli-ahli keluarga) yang mana data peribadi mereka telah anda zahirkan di dalam borang permohonan penyertaan untuk membenarkan MBNS memproses data peribadi tersebut bagi Maksud-Maksud yang dinyatakan.

 
 
 

134 comentários


Iman Dayana
Iman Dayana
24 de nov. de 2019

Omarhana memang terbaik💪😍

Curtir

Mazliza Mohaini
Mazliza Mohaini
21 de nov. de 2019

Ketam

Curtir

Nur Sulaiha Dali
Nur Sulaiha Dali
15 de nov. de 2019

Omar hana isi bnyk ais kerana ingin dapatkan bnyk bekas minuman dan dpt jual bnyk

Curtir

Nur Sulaiha Dali
Nur Sulaiha Dali
15 de nov. de 2019

Ketam

Curtir

Athiswaran Rajandran
Athiswaran Rajandran
14 de nov. de 2019

Jawapannya ketam

Curtir
bottom of page